Saturday, October 17, 2009

FAKTA FOREX : Apakah Itu Forex?

www.mirifxgroup.blogspot.com


Forex adalah singkatan Bahasa Inggeris bagi FOREIGN ECHANGE. Jika diterjemah ke Bahasa Malaysia bermaksud PERTUKARAN MATA WANG ASING.
Secara ringkas FOREX adalah pasaran matawang dunia di mana matawang dibeli dan dijual oleh saudagar-saudagar FOREX dan bank-bank seluruh dunia.
Sebelum Tahun 1996, pasaran ini hanya dibuka kepada ahli-ahli exclusive yang terdiri daripada Bank, Institusi Pelaburan dan Individu berpengaruh (High Net Worth Individuals), konglomerat multi millionare seperti George Soros sahaja kerana modal permulaan sebanyak USD1o juta diperlukan untuk memasuki pasaran ini Oleh itu, pasaran FOREX ketika itu tidaklah popular dikalangan pelabur biasa kerana ramai yang tidak mampu dan tidak dibenarkan melabur dalam FOREX. Jumlah dagangan harian juga di bawah USD500 juta setiap hari sahaja.
Kemudian, pada tahun 1996, forex dibuka kepada orang ramai selepas diluluskan buat pertama kali oleh Presiden USA ketika itu (Bill Clinton). Semenjak itu, broker-broker FOREX bertumbuh bagaikan cendawan dan jumlah dagangan terus meningkat setiap tahun. Kini purata dagangan FOREX mencapai USD2.5 trillion setiap hari.
Pasaran FOREX amat berkuasa sehingga dapat menjatuhkan ekonomi sesuatu negara dalam sekelip mata (contoh Russia dan Indonesia). Ingatkah siapa George Soros? Beliau sangat bijak menggunakan kuasa yang ada pada pasaran FOREX bagi mendapat keuntungan melebihi USD1 Billion dalam sekelip mata sahaja.
Kini Broker FOREX semakin bertambah dan akibat daripada saingan broker forex di INTERNAT, modal minima membuka akaun telah menjadi semakin rendah. Kini, memadai dengan modal sebanyak USD300 sahaja, anda boleh membuka akaun dan memulakan dagangan (trade). Malah yang terkini ada platform broker internat FOREX yang menawarkan modal permulaan serendah USD25 sahaja dan ada juga yang lebih rendah dari itu.
FOREX adalah satu instrument pelaburan dunia yang terbesar dengan jmlah dagangan harian melebihi USD2.5 trillion sehari, jauh melebihi jumlah dagangan di mana-mana bursa saham dunia. Pasaran FOREX dibuka 24jam sehari tanpa henti, 5 hari seminggu.
Jumlah dagangan (volume) forex adalah melebihi 4 hingga 5 kali saiz pasaran niaga hadapan (futures) US. Forex juga adalah merupakan pelaburan utama bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat (central bank dan bank-bank komersial di seluruh dunia.
Dagangan FOREX adalah dua (2) hala. Bermakna anda boleh mengaut keuntungan semasa aliran pasaran jatuh dan juga naik. Oleh kerana FOREX diniagakan dua (2) hala dan jumlah dagangan FOREX yang tinggi ini, semua orang berpeluang untuk mengaut KEUNTUNGAN dan kekayaan melaluinya, dengan SYARAT ANDA TAHU BAGAIMANA CARANYA!
FOREX bebas daripada sebarang Caj Komisen seperti yang diamalkan di pasaran SAHAM. Ianya juga memberikan 'leverage' yang tinggi terhadap modal. Hasil leverage yang tinggi ini membolehkan kita berdagan forex dengan memiliki sejumlah besar nilai matawang walaupun kita hanya mengeluarkan modal yang kecil.
Hasil gabungan program komputar yang baik, "skill" dan pengalaman anda sendiri dalam menganalisa pasaran secara "fundamental" ataupun secara "teknikal" anda dengan mudahnya dapat mengaut keuntungan yang banyak disamping dapat meminimakan risiko kerugian. Kerana ini, tujuan kami menubuhkan MIRIFXGROUP ini adalah untuk mengumpulkan trader-trader lama atau baru untuk mengukuhkan lagi trading system dan strategy agar semua ahli mendapat manafaat hasil daripada 'sharing semua ahli kumpulan. Oleh itu anda semua dialu-alukan untuk menyertai MIRIFXGROUP sama ada yang baru berjinak-jinak dalam FOREX, Demo Trader, Beginner Trader mahupun yang dah otai-otai FOREX agar dapat membantu satu sama yang lain.

*p/s : Petikan ini serba sedikit ada diambil daripada Otai Forex M'sia Mr. Nasir Yakob yang mula-mula membuka minda saya Kepada Dunia Forex ini.


Best Regards
- MiriFXGroup Admin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.